-memandang jauh ke langit tidak bermakna langit yang direnungnya, mungkin terpegun dengan hebatnya kuasa sang pencipta, mencipta langit yang tidak berpenghujung.
-memandang jauh ke lautanĀ luas tidak bermakna bunyi ombak itu yang menarik perhatiannya, mungkin insaf akan diri sendiri betapa dosa diri ini seperti pepasir dipantai.
-memandang jauh ke padang yang menghijau tidak bermakna kehijauan padang yang memukau pandangannya, mungkin pandangannya jauh ke dalam tanah menginsafi diri bahawa inilah asal diri ini dan ke sini jugalah tempat diri ini akan kembali.
-memandang jauh ke dalam kesibukan manusia di jalan raya tidak bermakna bunyi bising itu yang cuba ditafsirkannya, mungkin merenungi diri ini yang begitu sibuk mengejar dunia yang tidak pernah berakhir.
-memandang jauh ke lopak-lopak air di jalanan tidak bermakna ingin mencari bayang-bayang sendiri, mungkin pandangannya itu sedang jatuh ke dalam hati diri sendiri yang juga tercemar dengan bintik-bintik hitam menyelubungi hati seperti lopak-lopak air yang mencemari jalanan yang lama-kelamaan lopak ini boleh menjadi semakin besar jika tidak dibaiki.
Entries (RSS)